Saturday, December 27, 2008

Salam bahgia, Asslsmualaikum....semoga anda berada didalam situasi sihat selalu.Sebagai rakyat yang bertanggungjawab,kita mesti berkerja bagi menangung seisi keluarga, tidak kira lah sama ada berkerja atau berniaga,tujuannya sama sahaja.Kegawatan global sangat menguji ketabahan kita.Mungkin ada diantara kita yang kehilangan perkerjaan.Beruntung lah kita yang mempunyai simpanan yang mencukupi....,jadi masa ini lah kita boleh gunakan.Pada masa ini lah kita harus bijak berbelanja.Belanja pada yang perlu sahaja.Janauari ini bakal menyaksikan awal persekolahan bermula......,maka banyak lah lagi kita harus keluar kan wang ringgit.Bagaimana dengan mereka yang mempunyai ramai anak,fikirkan lah.Bagi sebuah keluarg yang mempunyai anak yang bersekolah tentu pada masa ini sedang memikirkan bagaimana untuk menambah sedikit wang perbelanjaan yang meningkat, bil air, eletrik, telepon,insuran kereta, rumah, aduh!!..boleh sesak nafas dibuatnya.Saya juga tidak ketinggalan dalam situasi ini, macam macam cara dilakukan, asalkan tidak salah disisi undang undang.